Dasar Privasi
Dikemas kini: 4 Oktober 2026
Dasar ini menerangkan maklumat yang kami kumpul apabila anda menggunakan ahmadalbab.store, bagaimana ia digunakan, dan pilihan yang anda ada. Kami mematuhi prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.
Maklumat yang kami kumpul
- Nama dan emel yang anda isi sendiri semasa melanggan review terkini.
- Data klik apabila anda menekan pautan produk, iaitu produk mana yang ditekan dan tarikhnya. Data ini tidak mengandungi nama, emel atau alamat IP anda.
- Link yang dipendekkan melalui alat Pendekkan Link, beserta jumlah klik bagi setiap link.
- Senarai bookmark anda disimpan dalam pelayar anda sendiri sahaja dan tidak dihantar kepada kami.
Bagaimana kami gunakan maklumat
- Menghantar emel review dan promosi yang anda langgan.
- Memahami produk mana yang paling diminati supaya senarai kami lebih berguna.
- Memaparkan statistik klik kepada pemilik link pendek.
Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa.
Kuki dan iklan pihak ketiga
Laman ini menggunakan Google AdSense untuk memaparkan iklan. Penyedia pihak ketiga, termasuk Google, menggunakan kuki untuk memaparkan iklan berdasarkan lawatan anda sebelum ini ke laman ini atau laman lain.
Penggunaan kuki pengiklanan membolehkan Google dan rakan kongsinya memaparkan iklan kepada anda berdasarkan lawatan anda ke laman ini dan/atau laman lain di Internet.
Anda boleh menarik diri daripada iklan yang diperibadikan melalui Tetapan Iklan Google, atau menarik diri daripada kuki penyedia pihak ketiga melalui aboutads.info.
Pautan ke laman lain
Kebanyakan pautan produk membawa anda ke Shopee, TikTok Shop atau laman penjual produk digital. Sebahagiannya ialah pautan affiliate. Apabila anda meninggalkan laman ini, dasar privasi laman tersebut yang terpakai, bukan dasar kami.
Penyimpanan data
Data disimpan menggunakan perkhidmatan Google dan penyedia perkhidmatan emel yang kami gunakan untuk menghantar emel langganan. Kami hanya simpan data selagi ia diperlukan untuk tujuan di atas.
Hak anda
- Berhenti melanggan emel pada bila-bila masa melalui pautan dalam setiap emel.
- Meminta salinan, pembetulan atau pemadaman data peribadi anda.
- Memadam bookmark dengan mengosongkan data pelayar anda.
Perubahan dasar
Kami mungkin mengemas kini dasar ini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terkini dipaparkan di bahagian atas halaman ini.
Hubungi kami
Untuk sebarang pertanyaan atau permintaan berkaitan data anda, emel hello@ahmadalbab.store.